Permohonan bagi Jawatan Bukan Akademik

 

 

PEMBEKUAN PENGAMBILAN BARU KE PERKHIDMATAN AWAM

Mohon diambil maklum bahawa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melalui surat bertarikh 20 Oktober 2011, telah mengeluarkan arahan agar Pihak Berkuasa MelantikĀ  (PBM) untuk membekukan semua pengambilan baru berkuatkuasa mulai 12 Oktober 2011 sehingga 31 Disember 2011.

Selaras dengan arahan tersebut Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Sumber Manusia (BPPSM) UNIMAS dengan ini menarik balik iklan kekosongan jawatan baru Kumpulan Akademik, Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Kumpulan Sokongan seperti yang diiklankan pada 18 Oktober 2011 berkuatkuasa serta merta.

Di atas perhatian yang diberi pihak kami ucapkan terima kasih.

Segala kesulitan yang timbul adalah dikesali.

 

Ketua Penolong Pendaftar
UPPO, BPPSM
b/pĀ  Pendaftar

21 Oktober 2011